Tiada kesalahan, kes berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam

Kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Bangladesh pada Selasa berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. - Foto FB Faizal Azumu

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Bangladesh pada Selasa berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, seramai 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan berkawal bagi memastikan keadaan keselamatan orang ramai terjamin.

“Tiada kesalahan dan kes berlaku sepanjang perlawanan yang berlangsung semalam (Selasa).

“Keadaan kawalan keselamatan lancar dan bagus,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, Malaysia berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 dalam suasana penuh emosi di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kemenangan disaksikan 52,964 penonton itu, membolehkan pasukan negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.