Perak FC bakal diperkuat 3 import baharu

Plazibat, Afolabi, Guaycochea
Plazibat, Afolabi, Guaycochea
A
A
A

PERAK FC mengumumkan bakal mendapatkan khidmat tiga pemain import baharu bagi menguatkan pasukan itu dalam mengharungi baki saingan Liga Perdana musim ini.

Mereka terdiri daripada penyerang dari Crotia, Stipe Plazibat, pemain tengah dari Argentina, Luciano Guaycochea dan pertahanan tengah, Sunday Kolawole Afolabi dari Nigeria.

Kemasukan ketiga-tiga pemain ini bagaimanapun tertakluk kepada syarat dan ujian kecergasan yang perlu dijalani sebelum menyertai pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, pihak pengurusan memandang serius keperluan untuk menguatkan pasukan dalam usaha memastikan Perak FC keluar daripada zon penyingkiran.

"Input peminat adalah penting untuk keputusan ini dan selepas pertemuan dengan peminat di bawah, kami merasakan bahawa mereka memerlukan sedikit dorongan untuk baki 9 perlawanan walaupun prestasi skuad berada dalam keadaan baik.

"Pemain-pemain baharu ini dijangka akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan Ahad ini menentang pasukan Christian Seoul University dari Korea Selatan di Stadium Perak sebelum mereka ditawarkan kontrak rasmi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Plazibat pada musim lalu mewakili kelab Lion City Sailors berjaya menjaringkan 14 gol daripada 17 penampilan bersama kelab dari Singapura itu.

Guaycochea pula merupakan pemain kelab Deportivo Morón yang berpangkalan di Argentina manakala Afolabi pula beraksi untuk sebuah kelab dari Republik Czech.