[VIDEO] Reman suspek rogol kes 19 tahun lalu disambung

Suspek (tiga dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar sekitar jam 8.50 pagi pada Isnin bagi permohonan lanjutan reman.
Suspek (tiga dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar sekitar jam 8.50 pagi pada Isnin bagi permohonan lanjutan reman.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Tempoh reman terhadap lelaki yang terlibat dalam kes rogol 19 tahun lalu disambung tiga hari lagi bermula Selasa.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan terhadapnya dijalankan.

Lelaki itu sebelum ini ditahan di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis dan direman selama empat hari berakhir pada Isnin bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Suspek yang berpakaian lokap warna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Parit Buntar sekitar jam 8.50 pagi diiringi polis.

Media sebelum ini melaporkan, polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Tangkapan terhadap suspek dilakukan hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003.



Tempoh reman terhadap lelaki yang terlibat dalam kes rogol di Bagan Serai, Parit Buntar, Perak 19 tahun lalu disambung tiga hari lagi bermula Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Baca artikel penuh di sini: https://bit.ly/3aRNjVY

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa" />