Indonesia Masters: Beregu Indonesia sekat kemaraan Pearly-Thinaah

Pearly-Thinaah akur tewas kepada beregu tuan rumah Apriyani-Siti Fadia pada peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters sebentar tadi
Pearly-Thinaah akur tewas kepada beregu tuan rumah Apriyani-Siti Fadia pada peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters sebentar tadi
A
A
A

HASRAT beregu wanita negara untuk melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Indonesia Masters tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti sebentar tadi.

Beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah nyata bukan mudah buat pasangan negara, Pearly-Thinaah namun mempamerkan aksi meyakinkan apabila bermula baik dengan kemenangan set pertama 23-21.

Bagaimanapun, rentak kemenangan itu gagal diterjemahkan pasangan ranking ke-10 dunia itu dua set berikutnya apabila terpaksa akur dengan kekalahan 21-14, 21-14 pada set kedua dan ketiga.

Menanti Apriyani-Siti Fadia di pentas akhir adalah wakil China yang kini berada di ranking pertama dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan untuk merebut gelaran juara pada Ahad.