Wanita jatuh jambatan berjaya diselamatkan

Anggota bomba membantu mengangkat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.
Anggota bomba membantu mengangkat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terjatuh dari Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada awal pagi pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan yang kebetulan berada berhampiran lokasi itu.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 pada jam 5.08 pagi.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan diarahkan ke lokasi kejadian.

"Tindakan pantas pasukan bomba meminta bantuan nelayan berhampiran telah berjaya menyelamatkan mangsa," katanya.

Ismail berkata, mangsa dibawa ke tebing dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 5.52 pagi," katanya.