Empat maut, seorang parah nahas dua kenderaan

Empat maut, seorang parah dalam kemalangan melibatkan dua buah Proton Wira di NKVE awal pagi Sabtu. - Foto Bomba
Empat maut, seorang parah dalam kemalangan melibatkan dua buah Proton Wira di NKVE awal pagi Sabtu. - Foto Bomba
A
A
A
PETALING JAYA - Seramai empat mangsa maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di susur keluar 104, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) menghala Kelana Jaya di sini, awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kota Anggerik dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 pagi.

"Dilaporkan kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira Aeroback berlanggar dengan sebuah Proton Wira jenis sedan.

Pasukan penyelamat ketika menjalankan kerja-kerja membawa keluar mangsa dari kemalangan. - Foto Bomba
Pasukan penyelamat ketika menjalankan kerja-kerja membawa keluar mangsa dari kemalangan. - Foto Bomba



"Lima mangsa terlibat, empat orang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa yang maut adalah, Puvaaneshwaran Paranjhoti, 28, yang menaiki Wira Aeroback manakala Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31; Leong Man Yuen, 27, menaiki kereta Wira Sedan.

Katanya, Heng Chan Yee, 28, yang turut menaiki Wira Sedan dibawa ke Hospital Sungai Buloh berikutan kecederaan parah dialaminya dalam kemalangan itu.