FAST kesan FRB pertama aktif secara berterusan

FAST berjaya mengesan FRB pertama yang aktif secara berterusan dan hasil kajian itu turut diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa 'Nature' hari ini. - Foto Bernama
FAST berjaya mengesan FRB pertama yang aktif secara berterusan dan hasil kajian itu turut diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa 'Nature' hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BEIJING - Fast Radio Burst (FRB) merupakan letusan radio paling terang di alam semesta dan ia melepaskan jumlah tenaga yang hampir dengan yang dipancarkan matahari untuk sepanjang tahun dalam satu milisaat (satu perseribu saat) sahaja.

Baru-baru ini, teleskop radio China, FAST berjaya mengesan FRB pertama yang aktif secara berterusan dan hasil kajian itu turut diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa 'Nature' hari ini.

Kejayaan itu sekali gus menandakan FAST telah menjumpai satu-satunya FRB berulang aktif secara berterusan setakat ini, melalui projek utama Commensal Radio Astronomy Fast Survey (CRAFTS).

Difahamkan, penyelidikan tentang FRB tidak mengambil tempoh lama, dengan kewujudan gejala alam itu disahkan buat kali pertama pada 2007, dan FRB pertama yang mengulangi ledakan ditemui pada 2016.

Menurut penyelidik dari Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Akademi Sains China, Li Di, FRB dikenali sebagai penemuan paling penting dalam astronomi selepas pengesanan gelombang graviti.

"Penemuan FRB pertama yang aktif secara berterusan membuktikan bahawa China telah mencapai tahap paling maju dalam sektor baharu ini.

"FRB akan membantu dalam membina gambaran proses evolusi fenomena misteri,” katanya. - Bernama