HONOR Magic4 Pro mula dijual Sabtu ini

HONOR Magic4 Pro membawakan pengalaman pintar dengan dwi 100W HONOR SuperCharge yang dikuasakan bateri 4600mAh untuk jangka hayat bateri tahan lama serta penggunaan sepanjang hari.
HONOR Magic4 Pro membawakan pengalaman pintar dengan dwi 100W HONOR SuperCharge yang dikuasakan bateri 4600mAh untuk jangka hayat bateri tahan lama serta penggunaan sepanjang hari.
A
A
A

TELEFON flagship terbaharu HONOR, HONOR Magic4 Pro yang disokong oleh Google Mobile Services (GMS) mula dijual pada 11 Jun ini (Sabtu).

HONOR Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pembeli turut berpeluang mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 termasuk fon telinga tanpa wayar HONOR Earbuds 3 Pro yang dilengkapi Pemantauan Suhu AI, setahun waranti lanjutan dan enam bulan perlindungan skrin retak.

“HONOR Magic4 Pro yang dilancarkan pada 1 Jun lalu menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS3 menerusi pra tempahan. Pra tempahannya mendapat sambutan yang memberangsangkan,” jelas kenyataan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, HONOR Magic4 Pro menyasarkan untuk menyelesaikan masalah penggunaan telefon pintar sebelumnya.

“Terdapat empat penyelesaian yang disediakan oleh HONOR Magic4 Pro membabitkan penyelesaian pertama terhadap kuasa paparan iaitu LTPO 1920Hz PWM Dimming yang pertama di dunia untuk pemandangan lebih selamat. Ia berupaya mengurangkan perubahan kecerahan dan kerlipan skrin dalam keadaan cahaya rendah.

“Penyelesaian kedua ialah kuasa fotografi iaitu Fotografi Ultra Fusion untuk gambar yang lebih jelas. HONOR Magic4 Pro turut menaikkan lagi penanda aras dengan menampilkan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 122° 50MP dan Kamera Telefoto Periskop 64MP yang kesemuanya dikuasakan oleh Fotografi Ultra Fusion yang terbaik di dalam kelas tersendiri. Rakaman video terbaik juga boleh dicapai untuk mereka yang mula berjinak dalam videografi,” katanya.

Sementara itu, penyelesaian ketiga yang disediakan oleh HONOR Magic4 Pro pula ialah kuasa SuperCharge iaitu Dwi 100W SuperCharge yang pertama di dalam industri.

“HONOR SuperCharge yang pertama diguna pakai HONOR Magic4 Pro membolehkan pengecasan 50 peratus tanpa wayar dalam masa hanya 15 minit.

“Penyelesaian keempat pula ialah prestasi Flagship unggul dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 serba baharu. HONOR mengambil berat hal prestasi sebagai kunci utama apabila mengukuhkan kerjasama dengan pengeluar cipset termaju dunia Qualcomm sekali gus memberi jaminan prestasi yang lancar dan stabil.

“HONOR Magic4 Pro meningkatkan prestasi CPU dan GPU masing-masing sehingga 20 peratus serta 30 peratus dengan lonjakan keupayaan AI 300 peratus,” jelas kenyataan itu.