Rizab antarabangsa BNM AS$112.8 bilion

BNM dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, paras rizab antarabangsa memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan. - Gambar hiasan
BNM dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, paras rizab antarabangsa memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion pada 31 Mei, 2022.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.3 bilion pada 31 Mei, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion). - Bernama