HWCITF buat kaji selidik budaya kerja di KKM

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM – Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) sedang giat menjalankan kaji selidik Healthcare Work Culture Improvement dan sesi libat urus bagi mendapatkan input berhubung budaya kerja di setiap organisasi.

Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, kaji selidik menyasarkan anggota perkhidmatan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilancarkan pada 27 Mei lalu akan dilanjutkan sehingga 10 Jun ini melibatkan 49,000 anggota perkhidmatan kesihatan KKM.

Menurutnya, HWCITF telah mengadakan sesi libat urus bersama lima agensi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan input berhubung budaya kerja di organisasi masing-masing.

“Agensi-agensi tersebut adalah Malaysian Association Of Medical Assistants, Malaysian Nurses Association (MNA),Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM) dan Malaysian Medics International (MMI),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, libat urus itu turut diadakan bersama individu yang pernah memegang jawatan tertinggi KKM, wakil Hartal Doctors dan tiga institusi pendidikan tertinggi.

“Saya berharap penyertaan aktif anggota perkhidmatan kesihatan KKM menjawab kaji selidik dan sesi libat urus dengan pihak berkenaan akan membantu HWCITF dalam usaha ke arah penambaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan,” jelasnya.