Ismail Sabri terima kunjungan hormat pemimpin Huazong

Ismail Sabri (lima dari kanan) menerima kunjungan hormat daripada pemimpin utama Huazong di Perdana Putra pada Selasa. - Foto Bernama
Ismail Sabri (lima dari kanan) menerima kunjungan hormat daripada pemimpin utama Huazong di Perdana Putra pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima kunjungan hormat daripada pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), yang antara lain mereka berkongsi pandangan mengenai ekonomi dan isu-isu semasa.

Antara pemimpin Huazong yang hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di Perdana Putra di sini ialah Presiden, Tan Sri Goh Tian Chuan, Timbalan Presiden, Datuk Ong Seng Khek, Naib Presiden, Datuk Lam Kuang Yau, Setiausaha Agung, Datuk Dr Wong Aik Loung dan Bendahari, Tan Sri Tan Kean Soon.

Ditubuhkan pada 1991, Huazong merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan 13 gabungan persatuan dan pertubuhan Cina di setiap negeri dan wilayah di Malaysia.

Huazong memainkan peranan untuk memelihara kepentingan komuniti Cina dalam isu berkaitan ekonomi, kebudayaan, pendidikan serta pembangunan sosial.

Huazong menjadi pengantara komunikasi antara komuniti Cina di Malaysia dengan kerajaan Malaysia dan memupuk semangat perpaduan masyarakat Cina melalui penganjuran aktiviti bersifat kebudayaan. - Bernama