Dua PPS dibuka di Gurun

Anggota keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir untuk dibawa ke tempat kawasan selamat di Mukim Gurun, Sungai Petani pada Khamis.
Anggota keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir untuk dibawa ke tempat kawasan selamat di Mukim Gurun, Sungai Petani pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Mukim Gurun bagi menempatkan mangsa banjir susulan hujan lebat lebih tiga jam di Daerah Kuala Muda pada pagi Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, jumlah mangsa sebenar yang terlibat dalam pemindahan tersebut bagaimanapun masih belum diperoleh.

Menurutnya, Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Kuala Muda kini bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) bagi pengurusan PPS yang telah dibuka.

"Antara tindakan yang telah diambil adalah mengenalpasti punca kejadian, mengambil maklumat mangsa, menasihatkan mangsa buat laporan polis dan membantu mangsa memindahkan barangan ke tempat tinggi.

"Kebanyakan kawasan air banjir sudah surut kecuali Kampung Sungai Bongkok, tindakan sedang dilakukan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap. PPS dibuka di Surau Kampung Sungai Bongkok pada jam 10.37 pagi yang melibatkan 70 keluarga.

Anggota APM Kuala Muda membantu seorang mangsa banjir untuk dibawa ke tempat kawasan selamat di Mukim Gurun, Sungai Petani pada Khamis.
Anggota APM Kuala Muda membantu seorang mangsa banjir untuk dibawa ke tempat kawasan selamat di Mukim Gurun, Sungai Petani pada Khamis.

"PPS Masjid Pekan Gurun pula dibuka pada jam 12.29 tengahari dan jumlah mangsa banjir masih lagi dibanci oleh JKM," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Azhar berkata, penduduk di enam lagi kawasan dalam Mukim Gurun iaitu Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Jelatang, Kampung Baru 5, Kampung Sungai Badak dan Taman Gurun Jaya bagaimanapun tidak terlibat dalam pemindahan ke PPS.

"Semua penduduk diminta untuk terus berjaga-jaga bagi setiap kemungkinan yang bakal berlaku," ujarnya.