Magic4 Pro dilancarkan

Justin (kanan) bersama Matthew menunjukkan produk-produk baharu HONOR yang dilancarkan pada Rabu.
FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Justin (kanan) bersama Matthew menunjukkan produk-produk baharu HONOR yang dilancarkan pada Rabu. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PETALING JAYA - HONOR Malaysia melancarkan secara rasmi telefon pintar flagship baharu 'The Power of Magic', HONOR Magic4 Pro yang ditawarkan pada harga RM3,999 dengan spesifikasi memori (RAM) 8GB dan storan 256GB.

'The Power of Magic' menampilkan revolusi peranti baru dengan teknologi canggih yang mencapai kejayaan baharu dalam rekaan, paparan, fotografi, videografi, prestasi dan privasi telefon pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR Malaysia, Justin Li berkata, HONOR Magic4 menawarkan rekaan premium dan boleh didapati dalam tiga warna, iaitu Cyan, Gold dan Black di mana semua peranti berkenaan hadir dengan Google Mobile Services.

"Selain itu, HONOR Earbuds 3 Pro dan HONOR Watch GS 3 juga diperkenalkan kepada pengguna untuk menikmati gaya hidup pintar.

"Apa yang istimewa orang ramai berpeluang merebut hadiah percuma bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS 3 bernilai RM999, case HONOR Magic4 Pro, jaminan lanjutan satu tahun dan perlindungan skrin retak enam bulan apabila membuat pra-tempah peranti ini sebelum 10 Jun 2022," katanya pada majlis pelancaran itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Rabu.

Memperincikan keunikan HONOR Magic4 Pro, Timbalan Pengarah Negara HONOR Malaysia, Matthew Ng menjelaskan, peranti tersebut menampilkan 'Eye of Muse' yang ikonik, dengan rekaan simetrikal, paparan quad lengkung LTPO generasi ketiga 6.81 inci dan bezel ultra nipis untuk memberi pemandangan yang mengasyikkan dan genggaman yang selesa.

Bukan sekadar skrin biasa, paparan HONOR Magic4 Pro mempunyai HDR 10+ dan pengiktirafan IMAX ENHANCED, 1.07 bilion warna dan DCI-P3 warna gamut luas, membolehkan pengalaman yang lebih terang, sesuai untuk menonton dan santai bermain 'game'.

Justin Li memperkenalkan telefon pintar flagship baharu HONOR Magic4 Pro di majlis pelancaran peranti itu pada Rabu.
FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Justin Li memperkenalkan telefon pintar flagship baharu HONOR Magic4 Pro di majlis pelancaran peranti itu pada Rabu. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

HONOR Magic4 Pro juga meningkatkan lagi penanda aras industri dengan menampilkan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 122 darjah 50MP, Kamera Telefoto Periskop 64MP, semuanya dikuasakan oleh Fotografi Ultra Fusion yang bertaraf terbaik, menghasilkan kejelasan imej yang mengagumkan.

Menurut Matthew, dengan penawaran rakaman tahap sinematik, HONOR Magic4 Pro turut dilengkapi Magic-Log Movie Master dan dan AI Filem Effect yang membolehkan ia digunakan untuk menghasilkan videografi filem sekali gus muncul yang pertama seumpamanya dalam industri dan penanda aras baharu dengan mempunyai rakaman video 10-bit dalam 4K 60fps (bingkai per saat).

"Dikuasakan oleh bateri 4600mAh, HONOR SuperCharge memberikan jangka hayat bateri ultra dan perhubungan sepanjang hari.

"Dengan HONOR SuperCharge Wayar 100W, HONOR Magic4 Pro mampu mengecas sehingga 100 peratus dalam masa hanya 30 minit. Dengan teknologi HONOR SuperCharge Tanpa Wayar 100W yang pertama digunakan dalam Magic4 Pro pula, pengecasan sehingga 50 peratus hanya ambil masa 15 minit," jelasnya.

Katanya, HONOR turut menjadikan perbualan telefon lebih privasi kerana ia menyelesaikan masalah ketirisan bunyi dengan fungsi AI Privacy Call dengan kedua-dua skrin dan speaker dilaraskan tepat ke telinga.