Isu rogol: Nasib pemain bola ditentukan esok

A
A
A
KOTA BHARU - Nasib pemain bola sepak liga tempatan yang direman atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun akan ditentukan pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, keputusan itu melibatkan tempoh tahanan reman sama ada akan dilanjutkan atau sebaliknya.

"Kes ini hanya melibatkan mangsa dan pelaku sahaja.

"Bagaimanapun semua itu bergantung kepada hasil laporan soal siasat yang kita terima nanti," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada Rabu.

Menurutnya, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan baharu berkait dengan salah laku suspek berusia 28 tahun itu.

Pada Selasa, media melaporkan polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan.

Suspek ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu selepas mangsa membuat laporan.