Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 2 Jun hingga 8 Jun.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 2 Jun hingga 8 Jun.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 2 Jun hingga 8 Jun.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi kenyataannya memaklumkan, harga runcit RON97 adalah RM4.70, RM2.05 bagi RON95 dan diesel pula RM2.15 setiap liter.

Menurut kenyataan itu, harga tersebut dikekalkan bagi melindungi pengguna sungguhpun harga pasaran sebenar telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu.