Semoga TUDM terus jadi kuasa udara disegani: PM

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus menjadi kuasa udara yang disegani, dihormati dan kental dalam melindungi sempadan negara.

Menerusi catatan di akaun Facebook pada Rabu, Perdana Menteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari TUDM ke-64.

"Kuasa pelindung kedaulatan negara, pertaruhkan nyawa demi Keluarga Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri menyifatkan jasa dan pengorbanan warga TUDM amat besar selain veteran TUDM yang banyak menabur bakti demi keamanan pada Rabu.

"Selamat Hari TUDM, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara,” katanya. - Bernama