Pemilik tanah tapak pelupusan haram 'Black Lake' berdepan tindakan

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemilik tanah yang dijadikan tapak pelupusan haram di Seksyen 5, Bandar Mahkota Cheras akan dikenakan tindakan.

Menteri Akan Sekitar dan Air (KASA), Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu akan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah.

Menurutnya, pengukuran ke atas air kolam hitam dan berbaik busuk itu didapati oksigen terlarut (D.O) kurang daripada 3mg/l dan pH 7.

"Kes tersebut telah diserah kepada Majlis Perbandaran Kajang dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.

"Terima kasih Jabatan Akan Sekitar dan agensi terlibat, pengadu dan media yang turut menyiarkan berita tersebut," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan tapak haram seluas satu ekar itu menganggu penduduk sekitar.

Ia berpunca daripada bau sampah busuk daripada bekas tasik kuari yang dipanggil 'Black Lake' yang dijadikan tapak pelupusan haram.