Tentera Israel musnahkan perigi petani Palestin

Gambar menunjukkan tentera Israel mengawasi kerja-kerja memusnahkan sebuah perigi di Tebing Barat. - Foto Wagdi Eshtayah/ApaImages
Gambar menunjukkan tentera Israel mengawasi kerja-kerja memusnahkan sebuah perigi di Tebing Barat. - Foto Wagdi Eshtayah/ApaImages
A
A
A

QALQILYA - Tentera Israel memusnahkan sebuah perigi yang digunakan oleh ratusan

petani Palestin untuk mendapatkan sumber bekalan air di kampung Ras Atiyeh, berhampiran bandar Qalqilya, utara Tebing Barat, pada Isnin.

Mazouz Marabeh iaitu seorang penduduk Ras Atiyeh, memberitahu agensi berita

Palestin, WAFA, tentera Israel menceroboh bahagian barat kampung itu dan

memusnahkan perigi serta merampas semua peralatan digunakan untuk menimba air.

Dia berkata, dengan memusnahkan perigi itu, Israel menafikan kira-kira 400

petani daripada mendapat manfaat air yang mereka gunakan untuk mengairi tanah pertanian.

Mazouz mendakwa Israel sengaja memusnahkan perigi itu yang dimiliki dan

dikendalikan oleh Koperasi Pertanian Ras Atiyeh untuk menghalang semua petani tersebut daripada mendapat manfaat.

Baru-baru ini, tentera penjajah Israel mengumumkan 10 telaga akan dimusnahkan di bandar Az-Zawiya, barat Salfit, di utara Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, notis untuk memusnahkannya diserahkan kepada pemilik

telaga air itu. - Agensi