Dua kilang terbakar di Balakong

Gambar Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di lokasi kejadian tular di laman sosial
Gambar Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di lokasi kejadian tular di laman sosial
A
A
A

BALAKONG – [DIKEMASKINI] Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran sebuah kilang di Batu 11, di sini, tadi.

Pengarah Bomba Negeri Selangor Penolong Kanan Persuruhjaya Bomba Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.46 malam.

“Seramai 68 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk anggota Bomba Sukarela dari Balakong, Gombak dan Seri Petaling bergegas ke lokasi kebakaran.

“Api marak ketika kita tiba ke lokasi, kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 10 malam, sekarang masih dalam proses pemadaman, kebakaran kawasan dianggarkan seluas 160 x 200,” katanya.

Beliau berkata, di dalam kilang berkenaan terdapat beberapa blok dibahagikan kepada enam.

“Kita mendapati ada bahagian yang membuat perabot, fiber, span, pemotongan dan kitar semula. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: