Sultan Selangor berkenan rasmikan ERKC

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (duduk tengah) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (duduk empat, kanan) berkenan bergambar sempena Majlis Pelancaran Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC), pada Isnin.
Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (duduk empat, kiri).- Foto Bernama
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (duduk tengah) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (duduk empat, kanan) berkenan bergambar sempena Majlis Pelancaran Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC), pada Isnin. Turut berangkat Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (duduk empat, kiri).- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina, dekat sini, pada Isnin.

Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di pusat berkenaan pada 9.50 pagi.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melawat tapak pameran yang disediakan Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) dan mendengar penerangan mengenai penubuhan ERKC yang telah memulakan operasi sejak Oktober 2020 sebelum menandatangani plak dan melancarkan pusat ilmuan tersebut.

Baginda, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah turut berkenan menanam anak pokok merbau sebagai simbolik pelancaran pusat itu sebelum berangkat pulang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican Azmi Merican yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran berkata penubuhan ERKC merupakan inisiatif pihaknya dalam merencanakan pelan kesinambungan jangka masa panjang syarikat untuk memberi impak positif kepada alam sekitar.

Azmir Merican berkata, ERKC seluas 0.44 ekar yang akan dikenali sebagai ‘Ambang Warisan Semulajadi Malaysia’ berfungsi sebagai pusat pemuliharaan alam, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan alam sekitar serta ekopelancongan.

Beliau berkata kira-kira RM2 juta dibelanjakan bagi penubuhan ERKC yang telah memulakan operasi pada Oktober 2020 dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC).

Di samping itu, Azmir Merican berkata

pada 2019 pihaknya bersama TRCRC telah membangunkan Elmina Living Collection Nursery (ELCN) seluas 4.04 hektar bersebelahan ERKC sebagai stor genetik bagi penanaman dan penghasilan spesies pokok yang dikategorikan sebagai hampir pupus, jarang dan terancam.

"Sejak permulaan operasi ELCN, TRCRC telah berjaya membesarkan 187 spesies tumbuhan, dengan lebih 35,000 benih disemai serta 10,000 anak-anak pokok di stor simpanan itu,” katanya. - Bernama