Sultan Selangor hadir majlis nikah anak saudara

Sultan Sharafuddin bersama keluarga diraja bergambar bersama pasangan mempelai.
Sultan Sharafuddin bersama keluarga diraja bergambar bersama pasangan mempelai.
A
A
A

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis pernikahan anakanda saudara baginda, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di sini.

Keberangkatan baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dikongsikan menerusi Facebook, Selangor Royal Office pada Ahad.

Tengku Munazirah merupakan anakanda kepada Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Izzat Ilyas Muhammad Nasir.

Mempelai lelaki adalah anak kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Muhammad Nasir (dua dari kanan) bersama isterinya di majlis perkahwinan anaknya di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah.
Muhammad Nasir (dua dari kanan) bersama isterinya di majlis perkahwinan anaknya di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, adinda-adinda baginda dan orang-orang besar istana.