X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

[VIDEO] Suri rumah maut dikelar teman lelaki anak

Seorang suri rumah maut selepas dikelar di bahagian leher dalam kejadian di sebuah apartment di sini pada petang Sabtu. - Gambar hiasan
A
A

SANDAKAN - Seorang suri rumah maut selepas dikelar di bahagian leher dalam kejadian di sebuah apartment di sini pada petang Sabtu.

Mangsa warga Indonesia berusia 59 tahun itu dipercayai dibunuh oleh teman lelaki anaknya sendiri.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anak perempuannya berusia 25 tahun didatangi suspek di rumah berkenaan.

"Ketika kejadian, berlaku pertengkaran lalu suspek bertindak mengelar leher mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Anak perempuan mangsa pula cedera ringan di bahagian tangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, selepas kejadian, suspek yang juga warga tempatan berusia 31 bertindak menyerah diri di Balai Polis Sandakan dan tangkapan segera dibuat.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent untuk tujuan bedah siasat, manakala suspek kini ditahan reman," katanya.

@sinarharianonline Tergamak bunuh ibu teman wanita sendiri! #fyp #TrendingNewsMalaysia #BuletinTikTok #TikTokNews #Bunuh #TemanLelaki original sound Sinar Harian


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!