X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Mansor nafi ikut jejak Zuraida

Mansor (kanan) menanam pokok sebagai simbolik pelancaran Kelab Hijau (Alam Sekitar) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai pada Sabtu
A
A

BUKIT MERTAJAM - "Tak betul dan saya nafikan mengenai perkara ini." Demikian jawapan ringkas diberikan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa), Datuk Mansor Othman ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mansor berkata, beliau akan terus menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan selagi khidmatnya diperlukan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui merasmikan pelancaran Kelab Hijau (Alam Sekitar) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai pada Sabtu

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berhasrat meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas mengumumkan keluar daripada Bersatu untuk menyertai PBM.

Zuraida dalam satu kenyataan pada Khamis bagaimanapun berkata, beliau akan kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan pendirian PBM.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut memaklumkan, beliau akan berjumpa dengan Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai peletakan jawatannya sebagai menteri kabinet.

“Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!