X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Dua pembantu kesihatan direman kes 'ulat jenazah'

Seramai dua pembantu kesihatan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat berhubung kes 'ulat jenazah' dan meminta rasuah bagi urusan berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.
A
A

SHAH ALAM - Dua pembantu kesihatan direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat berhubung kes 'ulat jenazah' dan meminta rasuah bagi urusan berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan kedua-dua suspek, bermula Jumaat sehingga Selasa depan.

Mereka yang berusia 40 hingga 42 tahun, direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan dua pembantu kesihatan menjadi 'ulat jenazah' dan meminta suapan kira-kira RM15,000 untuk kerja-kerja pengurusan mayat memakan diri selepas mereka ditahan oleh SPRM.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan pada jam 4.45 petang selepas hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!