X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

[VIDEO] 'Ulat jenazah' minta suapan urus mayat ditahan SPRM

SPRM menahan dua pembantu kesihatan yang menjadi 'ulat jenazah' dengan meminta suapan untuk kerja-kerja pengurusan mayat. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Tindakan dua pembantu kesihatan menjadi 'ulat jenazah' dan meminta suapan kira-kira RM15,000 untuk kerja-kerja pengurusan mayat memakan diri selepas mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berkenaan ditahan pada jam 4.45 petang selepas hadir di pejabat SPRM Selangor untuk memberi keterangan.

"Dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 40 dan 42 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 4.45 petang. Mereka berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor.

"Mereka dipercayai meminta suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu sebagai balasan untuk terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021," kata sumber tersebut pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!