X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

'Saya mampu buat pelbagai jenis kerja, namun selepas kemalangan...'

Muhammad Azizi
A
A

SHAH ALAM - Mangsa kemalangan jalan raya mengakui sukar untuk membina keyakinan diri ekoran perlu menjalani kehidupan baharu dengan kecacatan fizikal yang dialami.

Muhammad Azizi Abdul Manap berkata, dia terpaksa berhenti kerja kerana sukar bergerak menggunakan kaki palsu.

"Selepas kemalangan, perubahan paling ketara adalah soal pekerjaan.

Saya tidak tahu dimana kemampuan untuk cari rezeki bagi menyara hidup.

"Sebelum ini saya mampu buat pelbagai jenis kerja namun bila dah berlaku kemalangan perlukan masa perbaiki semula keyakinan dan percaya pada diri sendiri," katanya pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rasuah: Apa kaitan dengan jalan raya rosak’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis adalah peguam, Muhammad Amin Abdullah dan Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi manakala Hanif Miswan bertindak sebagai moderator.

Muhammad Azizi (dua dari kanan) pada program Kompas Rasuah Buster yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu
Muhammad Azizi (dua dari kanan) pada program Kompas Rasuah Buster yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu

Dalam pada itu Muhammad Azizi turut mengakui, pergerakannya kini agak terbatas ekoran masih perlu berlatih menggunakan kaki palsu sekali gus memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

"Saya belajar untuk berjalan menggunakan kaki palsu selain membiasakan diri menunggang motosikal.

"Saya bertemu dengan Lando (Azlan Sani) dan belajar bagaimana untuk membina keyakinan untuk berjalan," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Azizi menasihatkan mangsa kemalangan untuk tampil membuat aduan kepada pihak berwajib agar mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kami akan bantu dengan memberi penerangan bagaimana proses membuat tuntutan dan langkah yang perlu dilakukan hingga mangsa dapat ganti rugi sewajarnya," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!