X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

ASEAN, IFRC meterai MoU perkukuh kerjasama pengurusan bencana

Logo ASEAN
A
A

JAKARTA - ASEAN dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosi dan memperluas penglibatan dalam pengurusan bencana.

MoU itu bertujuan memperkasa daya tahan masyarakat di peringkat serantau, kebangsaan dan tempatan di rantau ASEAN, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN di laman sesawangnya.

Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah pengurusan, pengurangan dan undang-undang bencana selain aspek kesihatan dalam kecemasan, bantuan bencana dan tindak balas kecemasan, serta perubahan iklim.

MoU itu ditandatangani Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dan Setiausaha Agung IFRC, Jagan Chapagain di luar sesi Platform Global mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Bali, Indonesia.

"Dalam mendepani peningkatan kekerapan dan intensiti bencana berkaitan iklim akibat perubahan iklim, kita mesti mewujudkan perkongsian strategik untuk meningkatkan daya tahan kita sebagai satu Komuniti ASEAN,” kata Jock Hoi.

Negara anggota ASEAN berada di satu daripada kawasan di dunia yang paling terdedah kepada bencana seperti gempa bumi, banjir, tanah runtuh dan taufan.

Peningkatan kekerapan kejadian bencana akibat perubahan iklim, memerlukan ASEAN untuk meningkatkan kesediaan dan kapasiti tindak balas kecemasan di rantau ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!