Mengaku tak bersalah rogol kanak-kanak

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak dua tahun lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak dua tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun 10 bulan, dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 21 tahun itu membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah merogol seorang kanak-kanak yang ketika kejadian berumur 12 tahun 10 bulan pada 15 Mac 2017, kira-kira jam 11 malam di sebuah rumah kosong di Jerteh, Besut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Sebaik pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, mahkamah menetapkan 30 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: