X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Jepun buka semula pintu sempadan kepada pelancong asing pada Jun

Fumio Kishida. Foto AFP
A
A

TOKYO - Kerajaan Jepun sedang membuat persiapan akhir untuk membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing pada Jun, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik sumber.

Sejak Mac, Jepun telah melonggarkan kawalan sempadan yang dikenakan susulan pandemik Covid-19 dan kini negara ini merancang untuk menambah had ketibaan luar negara kepada 20,000 sehari bermula 1 Jun. Jepun akan menerima pelancong asing berdasarkan kuota, kata sumber itu pada Rabu.

Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka mengumumkan perkara itu paling awal pada Khamis.

Jepun satu-satunya anggota Kumpulan Tujuh negara yang masih belum membuka pintunya untuk kemasukan pelancong asing.

Sebagai pemulaan, Jepun pada Selasa mula menerima lawatan berskala kecil untuk pelancong yang divaksin dari Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Singapura.

Jumlah pelawat asing ke Jepun mencatatkan rekod 31.88 juta pada 2019 dan angka itu menjunam ke paras terendah iaitu 245,900 pada 2021.

Jepun menyasarkan untuk menarik sehingga 60 juta pelancong asing pada 2030. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!