X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Peguam pemerhati TMJ harap perbicaraan kes Bella dipercepat

Dari kiri, Khairul Anwar, Baljit Singh dan Ikbal pada sidang akhbar selepas melawat Bella di sebuah rumah kebajikan.
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Empat peguam pemerhati yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir melawat remaja sindrom down dikenali Bella di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah ini pada Isnin.

Peguam terbabit iaitu Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Farah Nazira Harun dilihat tiba jam 10.15 pagi.

Mereka berkesempatan melawat Bella lebih kurang setengah jam dengan turut dihadiri oleh beberapa pegawai JKM Negeri Sembilan.

Baljit Singh ketika ditemui media berkata, lawatan itu merupakan pertama kali mereka bertemu dengan Bella sejak dilantik sebagai peguam pemerhati.

"Ziarah ini adalah rentetan dari pelantikan kami sebagai peguam pemerhati sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 April lalu bagi memastikan keadilan dan hak adik Bella sentiasa terpelihara.

"Dalam kunjungan ini kami dapati Bella dalam keadaan sihat dan keadaan kecederaan dia juga pulih dengan baik. Kami gembira kerana perhatian perubatan yang bagus diberikan kepada Bella," katanya kepada media pada Khamis.

Menurutnya, berharap agar keseluruhan proses dan prosiding perbicaraan kes Bella dapat dipercepatkan bagi menjaga kepentingannya.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana perbicaraan kes Bella sedang berjalan di mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati bagi kes penderaan remaja berkenaan.

Kisah Bella didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang kini sedang dibicarakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!