[VIDEO] Padah buat bising, sekumpulan remaja dikesan polis

Tular aksi sekumpulan remaja berpakaian baju Melayu membuat bising dengan membunyikan ekzos di kawasan berhampiran kawasan rumah kedai di Meru pada Rabu.
Tular aksi sekumpulan remaja berpakaian baju Melayu membuat bising dengan membunyikan ekzos di kawasan berhampiran kawasan rumah kedai di Meru pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Padah membuat bising dengan membunyikan ekzos dengan kuat, sekumpulan remaja kini sedang dikenal pasti polis berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku di Meru di sini pada Rabu.

Aksi sekumpulan remaja berkenaan menjadi tular setelah dimuat naik menerusi laman sosial oleh seorang pemilik akaun Facebook.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati, aksi sekumpulan remaja itu dimuat naik menerusi Facebook kira-kira jam 6.30 petang.

"Laporan berkaitan kejadian belum lagi diterima setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap segera tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222.

"Maklumat berkaitan kejadian juga dapat disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada Rabu, tular aksi sekumpulan remaja berpakaian baju Melayu membuat bising dengan membunyikan ekzos di kawasan berhampiran kawasan rumah kedai di Meru.