X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Noorizlin dilaporkan hilang di Korea Selatan

Noorizlin dilaporkan hilang di Korea Selatan pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Seorang rakyat Malaysia, Noorizlin Farahin Ayob, 24, dilaporkan hilang di Korea Selatan pada Rabu.

Perkara tersebut turut dikongsi melalui akaun Facebook Ling Ling yang memberitahu bahawa kali terakhir berhubung dengan Noorizlin adalah pada 10 Mei lalu dan alamat terakhir dikesan adalah di Cheongju-si, Chungcheongbuk-do.

Pemilik akaun tersebut turut meminta mana-mana pihak yang mengetahui plat kenderaan Noorizlin untuk melaporkan kepadanya dengan segera bagi memudahkan polis mengesan lokasi wanita terbabit.

"Mana tahu ada yang mempunyai gambar atau apapun sebab pihak polis minta untuk menjejaki lokasi dia (Noorizlin).

"Dia memang 'outstation', setahu saya dia beli kereta dengan orang Malaysia," katanya melalui hantaran di media sosialnya.

Selain itu, memandangkan Noorizlin bekerja di agensi yang mencari pekerja, Ling Ling turut meminta mana-mana individu yang diambil kerja melalui Noorizlin untuk menampilkan diri bagi membantu siasatan.

Jelasnya, usaha mengesan wanita tersebut ketika ini tidak banyak membantu berikutan maklumat terkumpul mengenainya sangat sedikit.

"Tempat kerja dan maklumat pejabat semua tidak diketahui. Bekas kawan sebilik dia sekarang langsung tidak boleh dihubungi. Tidak tahu kenapa.

"Alamat baru pindah pun tiada yang tahu. Polis kata banyak sangat yang mencurigakan," katanya.

Sehubungan itu katanya, sesiapa yang mendapat maklumat mengenai Noorizlin boleh berhubung di talian 01065517080 (Ling) dan 01076257199 (Azeeq Haiqal).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!