X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Dua juruterbang maut pesawat tentera terhempas di Iran

Jet pejuang F-7. Foto fail Reuters
A
A

TEHRAN - Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah jet pejuang F-7 terhempas berhampiran wilayah Isfahan di tengah Iran pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Nahas berlaku kira-kira jam 8.10 pagi waktu tempatan (0340GMT). Pesawat malang itu berlepas dari Pangkalan Udara Shahid Babaei sebelum terhempas di Anarak kira-kira 200 kilometer dari Isfahan.

Pesawat itu dilaporkan sedang menjalani latihan di Anarak.

Menurut Agensi Berita ISNA dan Tasnim, punca nahas dipercayai akibat "masalah teknikal".

Sebelum ini, dua juruterbang dan seorang penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat F-5 milik tentera terhempas di bandar Tabriz pada Februari. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!