X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Korban akibat ribut di Kanada cecah 10 orang

Hujan lebat dan ribut menyebabkan tiang elektrik musnah di Ottawa. - Foto AP
A
A

OTTAWA - Jumlah korban akibat ribut yang melanda Ontario dan Quebec di Kanada pada Sabtu kini mencecah 10 orang, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Puluhan ribu penduduk turut terputus bekalan elektrik selepas angin kencang 120 km/j membadai Ontario.

Penyedia perkhidmatan elektrik, Hydro One, melaporkan kira-kira 185,000 pengguna masih mengalami gangguan bekalan elektrik setakat tengah hari Isnin, walaupun perkhidmatan telah dipulihkan kepada lebih 380,000 penduduk.

Menurut Hydro One, ribut kali ini adalah lebih buruk berbanding ribut ais pada 1998 dan puting beliung pada 2018. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!