Djokovic laung amaran di Perancis

Djokovic
Djokovic
A
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic memulakan langkah pemburuan kejuaraan Grand Slam ke-21 dengan rentak positif apabila mudah menewaskan pemain Jepun, Yoshihito Nishioka 6-3, 6-1, 6-0 untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis.

Pemain Serbia yang tampil dengan status juara bertahan masih segar dengan keunggulan di Terbuka Itali, bagaimanapun diberikan tentangan sengit lawan Nishioka berstatus 99 dunia untuk kemenangan ke-82 di gelanggang tanah liat Stade Roland Garros, Paris.

Untuk rekod, Djokovic sebelum ini tidak dapat mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas keengganannya untuk divaksinasi Covid-19, yang menyaksikan 'pengusiran' dari kejuaraan tersebut.

Mengulas kemenangan ke atas lawan berusia 26 tahun itu, Djokovic yang berusia 35 tahun mengakui lawannya memberi tentangan hebat pada perlawanan tersebut.

"Saya amat gembira dengan permulaan baik di sini, biarpun mengakui pada awal permainan mengambil sedikit masa untuk membiasakan dan menyesuaikan diri dengan permainan Nishioka.

"Ya, sangat sukar untuk melalui Nishioka kerana dia sangat pantas, antara pemain terpantas dalam siri jelajah ini," ujar Djokovic.

Artikel Berkaitan: