X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kaunter UTC operasi hingga 10 malam mudahkan urusan pasport

Khairul Dzaimee
A
A

SHAH ALAM - Semua pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga 10 malam mulai 25 Mei ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menyedari bahawa masih terdapat kelemahan dalam proses pengeluaran PMA walaupun beberapa penambahbaikan telah dibuat sebelum ini.

"Justeru, sebagai usaha berterusan untuk memudahkan urusan orang ramai mendapatkan PMA, imigresen ingin memaklumkan bahawa semua pejabat di UTC di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga 10 malam mulai 25 Mei 2022.

"Pemanjangan waktu operasi UTC ini adalah tambahan kepada waktu operasi pejabat pengeluar PMA yang dibuka sehingga pukul 10 malam dan hari Sabtu, seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, bagaimanapun, pejabat UTC di Perlis, Terengganu dan Pahang hanya beroperasi sehingga jam 6 petang

Katanya, pejabat UTC di tiga negeri ini tidak terlibat dengan pemanjangan waktu operasi kerana jumlah permintaan PMA yang masih rendah.

Justeru, orang ramai adalah diminta untuk sentiasa merujuk kepada maklumat terkini yang terdapat dalam portal rasmi dan media sosial rasmi imigresen bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter-kaunter PMA khususnya di waktu pagi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!