Jual semula rumah mampu milik kepada KPKT

Zuraida Kamaruddin - Foto Bernama
Zuraida Kamaruddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rumah mampu milik dibina pada 2019 hanya boleh dijual semula kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata, peraturan baharu tersebut sedang diperhalusi untuk dimasukkan di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM).

Ahli Parlimen Ampang itu menegaskan, inisiatif itu bertujuan untuk mengawal harga rumah dan memastikan hanya golongan tidak berkemampuan menetap di rumah mampu milik bukannya mereka yang tidak layak.

“Kalau rumah mampu milik itu dibina tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga setengah tahun, minta pemilik yang ingin menjualnya supaya kembalikan kepada kementerian.

“Sebab kita buat peraturan baharu ini untuk mengawal pembelian, pemilikan dan harga rumah mampu milik kepada golongan yang tidak berkemampuan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Artikel Berkaitan: