X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Polis kenal pasti identiti mayat dua pendaki Gunung Suku

Laporan Sinar Harian
A
A

IPOH - Pihak polis sudah mengenal pasti mayat dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Hutan Simpan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, masing-masing dikenal pasti sebagai See Su Yen, 16, yang dijumpai pada 16 Mei lalu manakala mayat yang ditemui pada Sabtu dikenali sebagai Ng Yee Chew, 46.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Isnin bagi mengetahui punca kematian.

"Kedua-dua identiti mangsa sudah dikenal pasti dan bedah siasat ke atas akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kita akan kongsi maklumat terkini selepas keputusan (bedah siasat) keluar nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini pada Isnin.

Mior Faridalathrash (berdiri dari kiri) ketika hadir pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Perak di PLPGU di sini pada Isnin.
Mior Faridalathrash (berdiri dari kiri) ketika hadir pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Perak di PLPGU di sini pada Isnin.

Mior Faridalathrash berkata, mayat kedua-dua mangsa masih belum dituntut oleh keluarga masing-masing.

Dalam kejadian 15 Mei lalu, dua pendaki wanita dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 27 individu lain di Gunung Suku.

Menerusi laporan media sebelum ini, pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian menemui beberapa anggota tubuh manusia dan badan dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Gunung Suku.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!