Kuasa juara Manchester City

Manchester City mengekalkan kejuaraan EPL dengan gaya dramatik apabila bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Aston Villa 3-2 di Stadium Etihad.
Manchester City mengekalkan kejuaraan EPL dengan gaya dramatik apabila bangkit ketinggalan dua gol untuk menewaskan Aston Villa 3-2 di Stadium Etihad.
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City membuktikan kelab itu dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan dua gol untuk mengatasi Aston Villa 3-2 di Stadium Etihad, sekali gus menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Gol IIkay Gundogan (76', 81') dan Rodri (78') sudah cukup memadamkan pendahuluan selesa Matty Cash (37') serta Philippe Coutinho (69') seterusnya gelaran kejuaraan keempat skuad kendalian Pep Guardiola dalam lima musim.

Kemenangan The Citizens untuk mata ke- 93 itu sekali gus meranapkan peluang pencabar terdekat Liverpool yang mengutip 92 mata selepas menang bergaya 3-1 ke atas Wolves di Stadium Anfield hasil jaringan Sadio Mané (24'), Mohamed Salah (84') dan Andrew Robertson (89'), memadamkan jaringan awal minit ketiga Pedro Neto.

LIGA PERDANA INGGERIS

Manchester City 3-2 Aston Villa

Liverpool 3-1 Wolves

Arsenal 5-1 Everton

Brentford 1-2 Leeds Utd

Brighton 3-1 West Ham Utd

Burnley 1-2 Newcastle Utd

Chelsea 2-1 Watford

Crystal Palace 1-0 Manchester Utd

Norwich City 0-5 Tottenham

Leicester City 4-1 Southampton

INFO:

Liga Juara-Juara

Manchester City, Liverpool, Chelsea, Tottenham Hotspur

Liga Europa

Arsenal, Manchester United

Liga Konferens

West Ham United

Liga Kejuaraan

Burnley, Watford, Norwich City