X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kerajaan bakal umum garis panduan kenderaan mikro mobiliti

Ka Siong (tiga, kanan) melihat kerja-kerja menyelenggara ketika lawatan dan pemeriksaan mengenai kerosakan penggunaan eskalator di LRT Ampang Park pada Ahad. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikro mobiliti di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, segala panduan penggunaan dan pengelolaan kenderaan itu akan diumumkan pihaknya tidak lama lagi.

"Tapi pastikan keselamatan itu dijaga. Kerajaan telah bincang dan kita akan umumkan apabila siap keseluruhan garis panduan penggunaan kenderaan itu.

“Antaranya strategi yang kita mahukan ialah kita tidak benarkan ia digunakan di atas jalan dahulu dan beri pengecualian sebab ada klausa. Mungkin ada orang yang berpendapat seolah kerajaan tak sokong tapi kita akan sokong jika sekiranya ada persekitaran yang kondusif.

"Apabila pengecualian itu diberikan maka garis panduan itu kita akan lihat apa pengecualian yang boleh kita berikan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park pada Ahad.

Sebelum ini, Ka Siong berkata, penggunaan kenderaan mikro mobiliti memerlukan lesen pengoperasian.

Difahamkan pihak kementerian juga kini sedang memperhalusi beberapa dasar dan peraturan kecil bagi memastikan kenderaan mobiliti mikro itu dikawal penggunaannya.

Jelasnya lagi, satu perbincangan telah dibuat pada April tahun lalu berhubung keperluan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyediakan kawasan khas kepada pengguna-pengguna mikro mobiliti ini.

"Kalau kita dapat wujudkan satu persekitaran di mana ada laluan pejalan kaki, basikal, tempat menyeberang jalan, saya rasa kita boleh benarkan (penggunaan mikro mobiliti) tidak ada isu, itu pun ikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tambahnya, pelaksanaan itu akan dilakukan bersama-sama dengan agensi serta kementerian berkaitan antaranya Jabatan Perancang Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kementerian katanya, menyokong penggunaan kenderaan mikro mobiliti namun ia mesti dilihat secara lebih berwaspada.

"Kalau menteri kata boleh digunapakai di semua jalan, esok mereka kena langgar, menteri akan dipersalahkan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kerosakan lif dan tangga gerak di Stesen LRT Ampang Park yang pernah menjadi rungutan pengguna sebelum ini, beliau berkata, proses baik pulih sudah dilaksanakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad.

"Lif sudah boleh digunakan sepenuhnya cuma tangga gerak sebahagiannya dalam proses baik pulih," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!