X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

PRU15: Putra umum tanding Parlimen Larut, dua DUN

Hamidah (tengah) menyempurnakan Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Selama di Sungai Bayor, di sini pada Sabtu.
A
A

SELAMA - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) secara rasmi mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Larut dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya iaitu Selama dan Kubu Gajah pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan sendiri Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman yang turut mendedahkan calon bagi kerusi Parlimen Larut merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias.

Menurutnya, bagi kerusi DUN Selama dan Kubu Gajah pula, calon-calon sudah dikenal pasti namun belum dimuktamadkan.

"Kita mempunyai kekuatan tersendiri di Parlimen Larut ini dan dua kawasan DUN yang akan kita tandingi pada PRU15.

"Ini merupakan pengumuman pertama dibuat bagi kerusi yang akan kita tandingi di Perak," katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya DUN Selama di Sungai Bayor, di sini pada Sabtu.

Hamidah berkata, Putra Bahagian Larut antara yang aktif bertemu dengan masyarakat menerusi gerak kerja yang dilakukan oleh Ahmad Hasbullah.

Beliau turut yakin Ahmad Hasbullah mampu menang di Larut biarpun berhadapan dengan penyandang Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sementara itu, Ahmad Hasbullah dalam ucapannya menjelaskan gerak kerja sudah diatur untuk memastikan kemenangan Putra di Larut.

Katanya, biarpun ahli Putra di Larut seramai lebih 2,000 orang, namun pengundi dilihat cenderung menyokong calon yang rapat dan sentiasa berada bersama mereka.

Beliau yang juga Ketua Putra Bahagian Larut berkata, bagi DUN Selama seramai empat calon sudah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!