Lebih 200 batu karang dalam buah pinggang

Sebanyak 206 batu karang dikeluarkan daripada seorang pesakit melalui pembedahan di Hospital Global Aware Gleneagles, Hyderabad baru-baru ini. - Foto Hospital Global Aware Gleneagles
Sebanyak 206 batu karang dikeluarkan daripada seorang pesakit melalui pembedahan di Hospital Global Aware Gleneagles, Hyderabad baru-baru ini. - Foto Hospital Global Aware Gleneagles
A
A
A

NEW DELHI - Seorang pakar bedah mengeluarkan 206 batu karang dari seorang pesakit melalui pembedahan di sebuah hospital di India baru-baru ini.

Pakar bedah itu, Dr Veeramalla Ramalakshmaiah di Hospital Global Aware Gleneagles, Hyderabad yang melakukan pembedahan tersebut berkata, pesakit berkenaan mengalami sakit teruk di bahagian kiri perutnya sejak lebih lima bulan lalu.

Pesakit itu tidak dapat melakukan rutin hariannya kerana kesakitan yang dialaminya dan diburukkan lagi oleh peningkatan suhu disebabkan musim panas.

Menurut Dr Poola Naveen Kumar, pesakit tersebut telah diberi kaunseling dan semua batu karang di buah pinggang kiri telah dikeluarkan.

Sebanyak 206 batu karang itu telah berjaya dikeluarkan dari pesakit yang berusia 50-an itu.

Selepas prosedur, pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari kedua, kata Dr Poola Naveen.

Menjelaskan mengapa kesakitan bertambah teruk semasa musim panas, beliau berkata, cuaca kering, panas dan lembap meningkatkan sakit batu karang berbanding pada musim sejuk.

Pada tahun 2009, seorang doktor dari negeri Maharashtra di India, Ashish Rawandale-Patil telah mengeluarkan sebanyak 172,155 batu karang dari buah pinggang kiri seorang pesakit.

Ia merupakan jumlah tertinggi batu karang yang pernah dikeluarkan daripada seorang individu. - Agensi