X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

KPM perkukuh pendidikan digital di sekolah

Mohd Radzi (kanan) meninjau sesi pembelajaran di Bexleyheath Academy, United Kingdom. - Foto FB Dr Radzi Jidin
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dalam usaha untuk memperkukuhkan pendidikan digital di sekolah bagi mendapatkan impak yang optimum.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keseluruhan ekosistem pendidikan negara perlu bersama-sama bergerak ke arah perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan demi generasi pewaris negara.

“Saya telah mengadakan lawatan ke Bexleyheath Academy, United Kingdom untuk meninjau pengoperasian sekolah yang merupakan salah satu daripada 57 buah sekolah di bawah Academies Enterprise Trust (AET).

“Dalam lawatan itu, Pengetua Bexleyheath Academy telah berkongsi bagaimana transformasi sekolah ke arah pendidikan digital dilaksanakan.

“Kami juga sempat berjumpa dengan pelajar yang berkongsi pengalaman dan cabaran mereka dalam fasa perubahan mengikuti pendidikan secara digital,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook beliau pada Sabtu.

Mohd Radzi (kiri) diberikan penerangan mengenai pengoperasian Bexleyheath Academy, United Kingdom. - Foto FB Dr Radzi Jidin
Mohd Radzi (kiri) diberikan penerangan mengenai pengoperasian Bexleyheath Academy, United Kingdom. - Foto FB Dr Radzi Jidin

Jelas Mohd Radzi, secara keseluruhan, kejayaan transformasi pendidikan sekolah tersebut melibatkan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga sekolah.

Justeru, beliau melihat pentadbir dan guru memainkan peranan penting dalam penyediaan kurikulum serta menerajui penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.

“Begitu juga dengan penglibatan AET membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek, termasuk pengukuhan tenaga pengajar,” ujar beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!