X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

UMNO bantah projek asrama pekerja asing di Bertam

Antara kawasan yang terkesan dengan pembangunan yang akan dijalankan di kawasan Bertam.
A
A

KEPALA BATAS - Penduduk di sekitar Bertam dan Pinang Tunggal di sini bakal berjiran dengan ribuan pekerja warga asing apabila terdapat cadangan pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat atau Centralized Labour Quarters (CLQ) di kawasan pembangunan Bertam, di sini.

Pembinaan asrama pekerja itu dibangunkan berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di tapak seluas lebih 339 hektar yang terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir di, sini tidak lama lagi.

Difahamkan, akibat pembangunan yang akan dijalankan itu bakal memberi kesan kepada penduduk setempat yang melibatkan hampir 20 kampung dan 11 taman perumahan termasuk menjejaskan kualiti hidup mereka.

Bukan sahaja soal keselamatan dan keselesaan yang dipertikaikan, malah kebanyakan penduduk yang menghuni di sekitar kawasan ini termasuk beberapa taman perumahan yang baharu dibuka sejak tidak sanggup menjalani kehidupan dengan pelbagai ancaman sekiranya projek berkenaan diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO Kepala Batas, Datuk Roslan Saidin berkata, pihaknya membantah cadangan pembinaan pembangunan kuarters pekerja berpusat di kawasan Bertam itu yang dianggap tidak sesuai.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius berkaitan isu ini dan membantah cadangan pembinaan tujuh blok 10 tingkat dormitori CLQ yang akan menempatkan ribuan pekerja-pekerja asing.

"Kita khuatir kebanjiran ribuan pekerja-pekerja asing boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselesaan rakyat tempatan yang sedia ada.

"UMNO Kepala Batas berpandangan pembinaan CLQ di dalam kawasan tersebut amat tidak sesuai," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.

Roslan berkata, walaupun pihaknya dimaklumkan cadangan pembangunan CLQ ini belum pun dikemukakan oleh pemaju kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mendapatkan kebenaran merancang namun pihaknya berpendapat amat wajar untuk UMNO merekodkan bantahan awal terhadap cadangan pembangunan CLQ di kawasan tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!