X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

SPRM Sabah tahan bekas penjawat awam bergelar Datuk

S Karunanithy
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah susulan tangkapan membabitkan pegawai kanan dan pesara kerajaan, pada Rabu lalu.

Suspek lelaki berusia 66 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang Jumaat ketika hadir ke pejabat SPRM Sabah untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek terbabit merupakan bekas penjawat awam dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok," katanya ketika dihubungi.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di Sabah supaya tampil untuk membantu siasatan kerana tindakan mengemukakan pengisytiharan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah selepas dipercayai meminta serta menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Wang itu sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada MOF.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!