[VIDEO] Kerajaan benar import lembu dari Thailand

Ahmad (tengah) dalam sidang media Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 di Auditorium Rashdan Baba Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
Ahmad (tengah) dalam sidang media Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 di Auditorium Rashdan Baba Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
A
A
A

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Kerajaan membenarkan aktiviti mengimport lebih 12,000 lembu hidup khususnya dari Thailand, bagi ibadah korban tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bagaimanapun ia perlu mengikut syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, sebelum ini negara menghentikan mengimport tersebut bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit kulit kental (LSD) yang sedang melanda Thailand ketika itu.

“Tetapi setelah kita membuat tinjauan dan juga mesyuarat dengan mereka (Thailand) Mac lalu, kita setuju untuk membenarkan (import) pada 2022.

“Ini bagi kemasukan untuk ibadah korban dan tujuan pembelaan yang lain,” katanya dalam sidang media Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 di Auditorium Rashdan Baba Universiti Putra Malaysia, di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dan Dekan Fakulti Pertanian merangkap Pengarah Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022, Profesor Madya Dr Nur Azura Adam.

Pada 27 Jun lalu, MAFI memutuskan semua aktiviti mengimport lembu hidup khususnya dari Thailand dihentikan dalam usaha menyelamatkan ternakan tempatan bagi tempoh jangka panjang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pengimportan tersebut perlu menepati syarat dengan mengesahkan lembu itu bebas daripada penyakit LSD dan penyakit kuku dan mulut (FMD).

“Sebelum masuk untuk penyembelihan, lembu itu perlu dikuarantinkan sehingga 28 hari manakala lembu tenusu 35 hari. Barulah kita akan benarkan, itu pun setelah mendapatkan sijil pengesahan daripada negara Thailand,” ujarnya.



Kerajaan membenarkan aktiviti mengimport lebih 12,000 lembu hidup khususnya dari Thailand, bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1(MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah bagaimanapun berkata, ia perlu mengikut syarat-syarat tertentu termasuk lembu itu bebas daripada penyakit kulit kental dan penyakit kuku dan mulut.

Menurutnya, sebelum ini negara menghentikan mengimport haiwan tersebut bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit kulit kental yang melanda Thailand ketika itu.

Baca artikel penuh di: https://bit.ly/3LwdAWA

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa" />