Masjid Al-Muttaqin mercu tanda baharu Kampung Jerek

Kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Muttaqin Kampung Jerek sedang giat dijalankan.
Kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Muttaqin Kampung Jerek sedang giat dijalankan.
A
A
A

KUALA KRAI - Pembinaan Masjid Al-Muttaqin Kampung Jerek di sini bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu malah memperkasakan lagi peranan institusi berkenaan dalam penyebaran ilmu.

Bendahari Masjid Al-Muttaqin, Abdul Hady Sibaweh berkata, pembinaan baharu itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah perpustakaan dan bilik mesyuarat.

“Dengan adanya kemudahan ini, kita yakin dan percaya peranan masjid akan memberikan lebih banyak manfaat kepada penduduk setempat.

"Secara tidak langsung ia mampu memperkasakan lagi peranan masjid dan tidak terhad kepada program agama sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, projek tersebut turut merangkumi dewan solat utama untuk kemudahan para jemaah di masjid berkenaan.

"Jika dewan solat utama itu siap sepenuhnya, ia mampu menampung jumlah jemaah sehingga 1,600 orang dalam satu-satu masa.

"Ketika ini dewan utama solat itu hanya mampu memuatkan kira-kira 500 orang jemaah," katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan pihaknya memerlukan dana berjumlah RM4 juta untuk menyiapkan projek ini.

"Setakat ini kita baru mempunyai dana terkumpul sebanyak RM240,000 sahaja," katanya.

Abdul Hady berkata, sehubungan dengan itu pihaknya mengajak seluruh masyarakat untuk membantu menjayakan misi ini dengan menghulurkan sumbangan.

"Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam 03063010012803.