Gagal mara ke Piala FA, Perlis United FC tumpu Liga M3

Foto Perlis United FC
Foto Perlis United FC
A
A
A

KEGAGALAN mara ke pusingan suku akhir Piala FA, setelah tewas kepada Kuching City FC 3-0 di laman sendiri malam tadi tidak mematahkan semangat Perlis United FC menebus kekecewaan memperbaiki kedudukannya dalam saingan Liga M3.

Ketua jurulatihnya Azizul Abidin berkata, kalah menang adalah adat perlawanan dan skuad bimbingannya itu akan terus memberi fokus kepada saingan Liga M3.

"Bila kami tewas dalam saingan Piala FA ini, ia seperti memberi satu rahmat juga kerana pasukan ini boleh fokus kepada Liga M3.

"Pemain kini boleh membuat persediaan sepenuhnya untuk Liga M3 dan kami nak cari kedudukan empat teratas di peringkat kumpulan," katanya kepada Bernama selepas pertemuan Piala FA 2022 menentang Kuching City FC di Stadium Tuanku Syed Putra malam tadi.

Perlis United FC kini menduduki tangga keenam Kumpulan B Liga M3 dengan hanya mengumpul dua mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Sementara itu ketua jurulatih Kuching City FC Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau sentiasa mengingatkan anak buahnya untuk memberikan persembahan terbaik dan tidak mengambil mudah percaturan pasukan lawan.

"Alhamdulillah kami layak ke peringkat suku akhir Piala FA dan ini merupakan satu perkembangan positif," katanya.

Dengan kemenangan malam tadi, Kuching City FC kini menyertai lima lagi pasukan lain iaitu Johor

Darul Ta'zim, Sri Pahang FC, Penang FC, Melaka United dan Sabah FC yang layak melangkah ke suku akhir Piala FA 2022. - Bernama