PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan

Ismail Sabri (kanan) bersalaman dengan Muhyiddin pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri dan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2022 di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri (kanan) bersalaman dengan Muhyiddin pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri dan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2022 di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Rumah Terbuka Kementerian Kewangan di sini.

Kehadiran Ismail Sabri pada kira-kira 12 tengah hari disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ismail Sabri yang lengkap berbaju Melayu berwarna merah dan bersamping merah jambu meluangkan masa kira-kira sejam 40 minit di majlis itu yang turut dihadiri kira-kira 7,000 tetamu.

Ismail Sabri kemudiannya menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Tahun 2022 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Kehadiran Ismail Sabri pada kira-kira 2 petang itu disambut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis itu yang turut dihadiri kira-kira 5,000 tetamu. - Bernama