Bandar Perancis benarkan pakaian renang Muslim

Gambar fail menunjukkan seorang wanita memakai pakaian renang Muslim yang dikenali sebagai burkini. - Foto AP
Gambar fail menunjukkan seorang wanita memakai pakaian renang Muslim yang dikenali sebagai burkini. - Foto AP
A
A
A

GRENOBLE - Sebuah bandar di Perancis, Grenoble pada Isnin membenarkan pakaian renang Islam yang dikenali sebagai burkini dipakai oleh wanita Muslim di kolam-kolam renang milik kerajaan.

Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle telah memperjuangkan pakaian renang itu tetapi beliau menghadapi tentangan daripada pihak pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berjaya mengumpulkan undi yang mencukupi pada mesyuarat majlis bandaran untuk meluluskan langkah itu walaupun tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri, EELV.

Dalam undian itu, cadangan pemakaian renang yang mahu dilaksanakan oleh Piolle mendapat sokongan sebanyak 29 undi, 27 menentang dan dua lagi berkecuali selepas perbahasan yang tegang.

"Apa yang kami mahu ialah wanita dan lelaki boleh berpakaian seperti apa yang mereka mahu," kata Piolle kepada stesen penyiarakan RMC seperti dilaporkan AFP.

Pada musim panas 2016, seramai 30 Datuk Bandar di Perancis menggerakkan undang-undang sekular untuk melarang pemakaian burkini dengan denda sehingga €38 (RM174.23) dikenakan untuk sesiapa sahaja yang melanggar peraturan tersebut.

Pengharaman burkini dilakukan selepas berlaku satu rentetan serangan maut yang dilakukan oleh pelampau Muslim yang membawa maut di Perancis.

Burkini itu dicipta oleh seorang pereka fesyen Muslim, Aheda Zanetti yang dilahirkan di Lubnan dan kini menetap di Australia dan menjualnya di pasaran pada tahun 2004. - Agensi